haishhh jenuh nak cari resepi asam pedas pari nih.. teringin nak try buat plak.. dlu masa mak
masak kat umah tak plak belajar kan skunk kat umah sewa mcm2 tringin nak buat.. bila da
xtw nk masak cm ne terpaksa la guna mr. google.. nk mintak kt mak malu oi.. hohoho
perghhhhh nampak sedap beb! tp aku xtry lg masak benda nih coz aku xtw nk cari bhan2
dia kat seri iskandar nih.. so sape2 yg mcm aku gak nk try masak asam pedas nih boleh ikut
resepi bawah nie.. aku copy paste from asam garam blog... :)
kalau jadi gtw tw! :P
hmm nmpk sdap! :P |
ASAM PEDAS IKAN PARI
Bahan ini dikisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
25 tangkai cili kering
1 inci halia
½ sd teh lada hitam
1 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
Bahan Yang Ditumis:
½ sd teh halba
Bahan-bahan Lain:
5 keping ikan pari atau ikan parang atau 1 ekor ikan terubuk (dibersihkan)
1/3 cawan minyak masak
1 mangkuk lada mesin/ cili boh
3 sd besar asam jawa campurkan dengan ¾ cawan air
1.5 liter air
5 biji bendi / terung
1 sd besar garam
4 tangkai daun kesum/daun limau purut/daun kari
sedikit gula
Cara-cara Penyediaannya:
Panaskan periuk dan masukkan minyak. Tumis halba hingga kekuningan.
Masukkan bahan kisar dan garam, tumis hingga naik bau.
Masukkan lada mesin atau cili boh, kacau sehingga lada masak gunakkan api sederhana.
Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar hingga naik minyak.
Masukkan ikan dan sebatikan bersama daun kesum.
Masukkan air, bendi dan bahan lain
Tutup dan biar renih pada api kecil hingga mula pekat .
Biarkan 5 minit baru diangkat dan hidangkan.
*tolong ajari aku masak masakan nie... sangat2 nak belajar nih.... huhu
Wuih....sedapnya
ReplyDelete